Reunion ROTU batch 28
Tanggal 19 Julai yang lalu, dalam kesibukan kerja dan hal-hal peribadi, aku melarikan diri ke kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, N9 bagi menjayakan perjumpaan bersama kawan-kawan lama di UKM dulu. Dengan hampir sejam setengah perjalanan dari rumah, aku melewati highway baru yang tidak melalui Bukit Putus yang popular dengan jalannya yang penuh liku. Sarat dalam kotak fikiran memikirkan apakah yang sedang dilakukan oleh sahabat-sahabat lain yang sudah lama tiba di sana?
Setelah tiba, aku difahamkan mereka tiada di chalet. Pergi ke GIANT untuk membeli barang keperluan bagi program yang dianjurkan. Sambil menunggu, sempat aku membeli keropok lekor di gerai di Ulu Bendul. Hampir 5 minit menunggu, Kak Shida yang tiba dengan Vios membuatkan mulut ku ternganga sebentar. Alangkah berjayanya Kak Shida kerana mampu membeli sebuah kereta yang aku kategorikan sebagai kereta besar. Tahniah Kak Shida! Saat bersalaman bersama mereka yang lain, baru aku sedar bahawa sudah hampir setahun kami tidak bertemu. Sekadar bersembang di alam maya
Tatkala hari hampir menjengah petang, baru aku dapat berjumpa dengan semua ahli skot yang hadir pada reunion kali ini. Dengan gelak tawa dan senyuman mereka, aku yakin kami berkongsi perasaan yang sama. Terlalu indah untuk dikhabarkan setelah setahun lebih tidak bersua muka. Pada yang tidak dapat hadir, aku pasti kalian mempunyai alasan yang kukuh. Kerana aku yakin juga bahawa kalian masih mempunyai perasaan yang sama seperti aku. Ukhwah yang terjalin sepanjang 3 tahun bersama sebagai ahli keluarga PALAPES UKM batch 28 tidak akan mudah terpadam begitu sahaja di kotak ingatan kalian. Insyaallah kita akan berjumpa lagi jika ada kelapangan.
Banyak aktiviti menarik yang kami lakukan di kawasan pergunungan Angsi ini. Antaranya ialah aktiviti utama iaitu mandi air terjun. Dengan hanya 4 orang pegawai Muda kami
Momen-momen menarik tatkala di Ulu Bendul.

Semoga kita berjumpa lagi...;)) love! XOXO!


0 comments:
Post a Comment