PENTAULIAHAN DIRAJA DI UTM, SKUDAI

Alhamdulillah...setelah tiga tahun berhempas pulas mengerah keringat utk sebuah perjuangan akhirnya membuahkan hasil apabila saat menerima watikah tauliah diraja daripada Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor selesai...Perasaan gembira yang tak terhingga dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat juga menamatkan sebuah episod yang dinamakan perjuangan...Walaupun mak dan ayah serta keluarga tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan tetapi dengan kehadiran sahabat dan semua ahli keluarga dalam PALAPES UKM mengubat semuanya...Tak banyak beza di antara seorang pegawai dan pegawai kadet cuma mungkin tanggungjawab yang diamanahkan lebih besar dan berat berbanding pegawai kadet yang hanya menurut perintah...
Selesai sudah semua episod perjuangan di UKM...Selepas ini, semua episod baru akan bermula..Membawa kaki melangkah menuju cita-cita dan menunaikan harapan ibu bapa dan juga demi bangsa dan negara...Sedih utk berpisah dengan sahabat yang telah 3 tahun bersama-sama ketika susah dan senang namun sebagai manusia perlu akur pada hakikat dan lumrah kehidupan..Bertemu dan berpisah itu pasti..Kelak di lain masa kita akan berjumpa lagi...


0 comments:
Post a Comment