Saturday, June 27, 2009

MAKAN MALAM REJIMENTAL 2009


3 hari selepas ditauliahkan dan selamat tiba di UKM, persiapan utk makan malam rejimental ( mess nite ) bersama Canselor UKM telah sibuk dijalankan..Memandangkan mess nite ini bakal dihadiri oleh golongan istana dan orang-orang kenamaan dari Angkatan Tentera Malaysia dan UKM sendiri, maka persiapan yang dibuat menuntut segala pengorbanan dari sahabat-sahabat Pegawai Muda yang baru ditauliahkan...Namun dengan berkat sokongan daripada semua pihak, majlis yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, Seremban itu berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan...Secara keseluruhannya, majlis pada malam itu merupakan tanda salam perpisahan dihulurkan kepada sahabat-sahabat yang akan pulang membawa haluan masing-masing...

Dengan kehadiran semua jurulatih dan ahli keluarga PALAPES UKM membuatkan majlis pada malam itu lebih bermakna...Semoga kita berjumpa lagi di lain masa pada acara yang lebih bermakna...SALAM...

1 comments:

tiesta July 2, 2009 at 2:10 PM  

cun seh aweks palapes ni ehehe~

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP