Suka Suki
Assalammualaikum W.B.T
Selamat petang!
Hmm, da seminggu masa berlalu dari tarikh akhir post yang lalu. Sebenarnya aku semakin sibuk dengan tugas-tugas harian. Menjadi pendidik di sebuah kolej swasta dengan pelajar yang lain dari yang lain bukan suatu tugas yang mudah. Aku masih lagi cuba mengenali mereka agar lebih mudah ingin menyalurkan ilmu. Setiap hari mendengar permasalah mereka turut mengajar aku menjadi seorang pendengar yang baik
Masih sedang belajar dan terus belajar daripada kawan-kawan tenaga pengajar yang lain bagaimana hendak mengajar dengan baik. Diharap mereka dapat memahami apa yang aku sampaikan setiap kali kelas berakhir. Untuk pengetahuan, minggu depan aku akan bertukar ke MITC. Kelas akan diadakan di sana dan praktikal akan dijalankan di Institut Bioteknologi, Melaka.
Aku akan berpisah dengan sahabat baik aku di Durian Tunggal
Berikutan hal Ridzuan, dia kini di Mersing menjalani kawad perbarisan penganugerahan beret hijau kepada Yang Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar yang merupakan Sultan Johor ke-25. Beliau dilantik pada 23 Januari 2010 selepas ayahandanya mangkat pada 22 Januari 2010. Esok 2 Ogos 2010, baru dia akan kembali ke Melaka.
Ok. Tiada kisah yang menarik untuk diceritakan. Cuma kehidupan biasa yang aku jalani di samping menghitung hari menunggu hari bahagia. Ditemani keluarga tercinta bersama 7 ekor kucing-kucingku sudah cukup lengkap bagiku. Semoga kebahagiaan terus aku kecapi tanpa diganggu sesiapa. Semoga berjumpa di entry lain.
Assalammualaikum.
Adios!


0 comments:
Post a Comment