Sunday, October 24, 2010

A Moment With Love

Aku terjumpa gambargambar lama ni yang dah lama aku asingkan dari album gambar keluarga di dalam laci. Memandangkan printer yang aku baru beli ni boleh berfungsi untuk scan, maka aku pun meluangkan masa yang ada untuk memuat naik ke dalam komputer dan dimasukkan ke dalam blog ku.

Terlalu banyak kenangan di dalam gambargambar ini...so enjoy!!! ;))

Khas untuk tatapan Mohd Ridzuan,Sayangku...Dia teringin sangat nak tengok gambargambar aku masa baby dan kanakkanak...;))



Masa ni aku baru berusia setahun atau dua tahun kot...yang kat sebelah tu along...


masa baby...


Bersama dengan along dan angah...masa ni kat umah lama...aku masih dalam Walker lagi...;))


Masa ni ambik gambar dengan mak,along dan angah...rambut mak sangat comel...hehehe


Masa ni kat kg...dengan wan...masa ni pun da nampak yang Yaya lagi besar dari aku...hahaha


Masa ni kami sambut hari ulang tahun along dan angah yang ke 4 tahun.Maksudnya aku baru setahun masa ni..

Masa ni g pantai...tak tahu pantai mana...dengan angah...;))


dengan Yaya pulak...


old skool giler gambar ni...masa ni pergi berjalan ke umah mak teh dan pak teh kot.Topi polis tu pak teh punya. Masa ni irfan belum lahir lagi. Yaya da perasan yang dia tu bongsu...hahaha


Masa ni da besar sket...Kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Higlands.Volvo hijau tu kereta lama abah...;))


Dengan mak pulak.Masa ni kami menginap di Strawberry Park Cameron Highland.


Pergi ke kedai Strawberry dan memetik Strawberry...hehehe...tengok la seluar yang aku pakai...huhuhu...cukup klasik...;))


Ok...sekarang aku da besar sket...mungkin sekolah rendah...masa ni masa raya di kampung di Bentong.As usual,bergambar di atas kereta Volvo abah.


Bersama sepupusepupu di kampung Bentong...

Till we meet again...Love!!! XOXO!!!

Thursday, October 7, 2010

Kasih Tercipta

Kasihku Ridzuan,

Saat pertama aku mengenal dirimu
Berdetar jiwa ragaku kau mempersoraku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh Padamu

Dengar Hatiku
Kan ku Bisikan Cintaku (Cintaku)
Lihat Jiwaku
Kan Kau Dapatkan Setia....ku
Ingat Diriku Kau Kan Rasakan Rinduku
Untuk Dirimu KanKu Berikan Hidupku..wooo


Gio- Getar Hati (Ost Lagenda Budak Setan)

Luv, XOXO!!!

Monday, September 13, 2010

Syawal kali ini

Alhamdulillah...genap sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan,kini tiba masa bagi seluruh umat Muslimin dan Muslimat menyambut kedatangan bulan Syawal yang sentiasa dinanti...Tahun ni I menyambut hari raya di kampung Abah di Kuala Terengganu. Pagi hari raya pertama baru we all akan bergerak balik ke kampung Mak di Bentong, Pahang. Tahun ni persiapan raya I tersangat-sangat sederhana a.k.a takde persiapan kot...Fikiran tak fokus untuk raya...lebih memikirkan persiapan perkahwinan yang semestinya sangat banyak nak difikirkan...bukan tak mementingkan hari raya tapi tak dapat nak memikirkan raya sekarang ni...Apa-apa mesti teringat majlis yang bakal tiba...

tik..tok...tik..tok...sekejap je masa berlalu...pertama dalam sejarah I beraya sebagai tunangan orang...;)) tersangat bahagia kerana status dah bertukar...Tapi pening pulak bila memikirkan masa hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi dari tarikh majlis...hmm...ok...da melalut ke persiapan kahwin...kan I da cakap only those thing yang ada dalam my mind...;))

Mari sama-sama kita raikan kemeriahan Syawal kali ini...
Almost all my relatives was here...At Pak Itam's House

In front of 501....;))

Geng2 mak dara dan anak dara...hehehe

dan lagi aksi mak dara dan anak dara...;))

bersama sepupu-sepupu di Terengganu...

Oh...3 keluarga Haji Arshad...;))

Ok...now let's fly to Bentong...;)the big family of Wan Alang...

Bersama-sama makcik dan sepupu I...

Last but not least...with Kak Mimi...;))

P/s: picture with my family still not being uploaded by Yaya...when she's done, will post new blog ok..;))

Kecintaanku...

Teramat sedih bila kucing kesayangan I & family telah meninggalkan kami buat selama-lamanya...Patutlah pagi sebelum kami bertolak Bulat bukan main manja lagi landing di bilik I...I tak rasa apa-apa pun masa tu sebab ingatkan Bulat sihat je cuma mungkin pelik kenapa kami semua berkemas-kemas...Mungkin ada hikmahnya Allah ambil Bulat dari kami...

Bulat...telah kembali kepada PenciptaNya pada 10 Sept 2010...

Semoga Bulat tenang di Sana...Amin ya rabbal alamin....

Selamat Tinggal Ramadhan

Tak ingat la bila tarikh g berbuka kat Johnny's dgn seluruh family I kecuali Along dan kak She...Tapi ni merupakan berbuka puasa bersama sebelum we all pulang ke kampung untuk bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung...so let's enjoy the pic...;))

waiting for berbuka time...;))

Mak sempat membaca surat khabar sementara tunggu waktu berbuka...

Bos a.k.a Abah yang happy selalu...ehehehe

Steamboat!!!

Yaya di steam!!! hahahaha...

Ice lemon tea and sour soup juice...;))

Telur bistik...fuh..sedap...;))

Fried kailan...;))


Black pepper beef...

Abah dan Yaya sedang menjamu selera...


Steamboat yg sedang boiling...;))

Dessert time...



Si bongsu yg kekenyangan...


Sekian...Jumpa lagi on my next post...;))
Love...X.O.X.O

Saturday, September 4, 2010

Jamuan Berbuka Puasa Bersama Pelajar Bioteknologi

2 Sept 2010 yang lepas,I and my students telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dan sambutan Hari Lahir for those who were born in August and September. Tujuan utama majlis tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan lagi sillaturrahim sesama rakan-rakan dan pelajar bersama cikgunya...Persiapan majlis berjalan dengan lancar walaupun majlis yang diadakan sangat ringkas. Bermula dengan aktiviti membeli barang-barang persiapan memasak sehinggalah kepada memasak dan mengemas tempat jamuan iaitu di kelas Biotek. Semua pelajar-pelajar I telah memberikan kerjasama yang sangat baik.;)

Beberapa pic saat momen-momen persiapan memasak di Bengkel Pemprosesan Makanan. ( Nak ucapkan thanks kepada kak Faridah kerana membenarkan kami meminjam bengkel.Luv U kak!)

Ni Mariana dan Donny...Donny menunjukkan bakat memotong cili merah..;))


Ni pulak Wan Norhidayah yang sedang sibuk atau berpura-pura sibuk mungkin...;)


Wahidah yang suka senyum dan Shida yang tekun mengupas bawang...patut la bihun goreng tu sedap


Lyanalia,Sharifah dan Wan Norhidayah merupakan tulang belakang unit memasak bihun...;))


Amboi Sha dan Donny...nak blender bawang pun sampai 2 org...ada apa2 ke ni??


Taufik A.K.A Cemas yang sibuk mencuci bekas nak simpan air..oh..da Awe yang hanya memegang penutupnya...Apakah?


Syafiq my Favourite student yg selalu buat I x kering gusi dan pening kepala...;))


Ini Wafa,mentee I dan Ikin yg sedang memotong cincau sambil diperhatikan oleh Wawa...


Oh...ini adalah Amizi...dia sgt suka pandang I semasa I mengajar...xtau la die paham ke x apa yg I membebel semasa mengajar...dah la pemalu...nak amik gamba ni pun byk kali shot tau...padahal tgh kacau air je...;)


Ok...lepas aktiviti di Bengkel selesai, bahan-bahan menggoreng bihun siap disediakan, pelajar-pelajar I sume diberi rehat. Pada yang telah menyediakan kelas a.k.a tempat jamuan, I bawak diorang pegi Bazar Ramadhan di MITC ...

So,enjoy momen-momen masa we all kat Bazar...
These are Aduka dan Mariana...Tajul xde dalam gambar kerana sdg sibuk memilih kuih-muih...


Oh...finally dat's me....Asyik ambik gambar student I je...oh..ni masa Tajul tgh pilih kuih...I da penat for that day so berehat sebentar...;))


Oh...Tamat aktiviti di Bazar...Now,masa da makin hampir ke waktu maghrib...

Momen-momen majlis....
These are the decorative art work by Athirah n the geng...Gud Job!!


Ok...now makan time...Dapat diperhatikan bahawa semua sedang khusyuk menjamu selera...


Oh...ini pula Majlis berbuka puasa Staf di MITC yang diadakan pada hari yang sama dengan majlis bersama student I...dengan chef Ili yang memasak nasi tomato...pergh...sedap giler...tapi pape pun maaf kawan2 sume kerana xdapat meluangkan banyak masa kerana anak-anak (Biotek) memerlukan mak nya..;)


Ok...Makan time!!!! Ni lah bihun goreng yang dimasak oleh student2 I...sedap n menyelerakan...;))


2 cake yg I belanja my students...1 is Choc Fudge Ice Cream and the Vanilla flavor is White Lady...




Oh...ini Akashah...mentee I a.k.a anak angkat I...;))


Ok...sambutan hari lahir...ini adalah student2 I yang lahir pada bulan Ogos dan September...Luckily,Athirah born in 2nd Sept...Azuan dan Taufiq lahir pada bulan Ogos...


Majlis da selesai...Syukur alhamdulillah tiada pembaziran yang berlaku...
Eeerrkkhh...Alhamdulillah...;))




Ok...itu saja update terbaru I setakat ni....Insyaallah akan terus mengupdate blog jika ada kelapangan...
Di kesempatan ini juga, I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini..Semoga segala kekhilafan dapat dimaafkan dan Salam Lebaran....;))

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP